“Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya
seorang teman.
“Hati saya tidak berapa tenteram, izinkan
saya mencari ketenangan,” itulah jawaban yang diberikan. Sememangnya
diakui hati tidak berapa tenang, banyak perkara bermain di benak fikiran
bergelumang di hati.
Banyak perkara yang difikirkan. Kerisauan,
keresahan, dan sebagainya. Sudah pasti, inilah lumrah ketetapan dari
Illahi ya Rabbi. Dalam perjalanan menuju kebahagiaan akhirat, sudah
pasti banyaknya cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Itulah yang
Allah S.W.T perkatakan dalam kitab-Nya, “Dan sungguh akan kami
berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah:155.
……………………………………………
Ya Allah Tuhanku,
yang merubahkanku,
tetapkanlah..
hati ku…
moga sentiasa..
dalam agama Mu,
jua..
taat akan perintahmu…
……………………………………………
Tuhan..
usah bebankan kami,
dengan bebanan yang berat…
seperti yang pernah Kau berikan,
kepada umat terdahulu dari kami…
Tuhan..
jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya..
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa..
Rahmatilah kami…
……………………………………………
“Bukalah pintu jihad bermula dari dalam
diri,” itulah kata-kata abi suatu ketika dahulu. Ketika penulis
dalam perjalanan pulang dari destinasi yang sama dengan tujuan yang
sama.
“Cari dan binalah kekuatan diri di
penghujung malam sesudah kamu mampu memperbaiki Subuhmu.“
“Dan berjuanglah untuk ikhlas. Kerana
sesungguhnya orang yang belum pernah berjuang untuk ikhlas, maka dia
belum pernah ikhlas.“
“Ingatlah untuk sentiasa memberi
sumbangan dan pengorbanan, kerana orang yang memberi sumbangan belum
tentu mampu berkorban, tetapi orang yang membuat pengorbanan sudah pasti
telah memberi sumbangan.“
“…” banyak sungguh kata-kata nasihat yang penulis terima. Apabila satu proses mudah yang di ajar Islam cuba penulis praktikkan yakni proses muhasabah diri, sungguh tepat sekali apa yang abi nasihatkan.“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” Ali-Imran:92.
Diri ini masih banyak lagi yang perlu dikenali dan diperbaiki satu persatu. Boleh di tanya, di mana taqarrubnya dan di mana munajatnya. Terasa juga diri ini semakin ‘lemah’. Baru sahaja diuji dengan kerisauan dan keresahan, hati sudah tidak keruan dan tenteram. Terganggu segala ibadah. Sehingga penulis diingatkan kembali tentang kalam-kalam Allah yang berbunyi:
“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” Al-Hijr:98-99.
……………………………………………
Bukannya mudah menyusur denai,
onak duri bertaburan melata di
jalanan,
pasti terhiris juga kaki nan
melangkah,
dalam menyusur langkah
perjuangan.
No comments:
Post a Comment