My Blog List

Tuesday, November 13, 2012

"Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi seorang HAMBA yang baik, disayangi dan dihormati.Berusaha mendidik diri menjadi HAMBA yang baik perlu diteruskan tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu.

>>>Tinggalkan masa lalu yang perit itu. Jadikan ia satu pengajaran bukan satu penyesalan yang berpanjangan." (✿◠‿◠)


Ya Allah,Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi hambamu yang terbek disisimu ya ALLAH.ampunkan segala dosa-dosa dan kekhilafan diri ini ya ALLAH.Maafkan aku seandainya aku pernah menyakiti hati orang tersayang  dan kawan-kawanku ya Allah..Maafkan aku Ya ALLAH...maafkan aku YA RABBI..................

Sunday, July 15, 2012

“Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya seorang teman.
“Hati saya tidak berapa tenteram, izinkan saya mencari ketenangan,” itulah jawaban yang diberikan. Sememangnya diakui hati tidak berapa tenang, banyak perkara bermain di benak fikiran bergelumang di hati.
Banyak perkara yang difikirkan. Kerisauan, keresahan, dan sebagainya. Sudah pasti, inilah lumrah ketetapan dari Illahi ya Rabbi. Dalam perjalanan menuju kebahagiaan akhirat, sudah pasti banyaknya cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Itulah yang Allah S.W.T perkatakan dalam kitab-Nya, “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah:155.
……………………………………………
Ya Allah Tuhanku,

yang merubahkanku,
tetapkanlah..
hati ku…
moga sentiasa..
dalam agama Mu,
jua..
taat akan perintahmu…
……………………………………………
Tuhan..
usah bebankan kami,
dengan bebanan yang berat…
seperti yang pernah Kau berikan,
kepada umat terdahulu dari kami…
Tuhan..
jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya..
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa..
Rahmatilah kami…
……………………………………………

Bukalah pintu jihad bermula dari dalam diri,” itulah kata-kata abi suatu ketika dahulu. Ketika penulis dalam perjalanan pulang dari destinasi yang sama dengan tujuan yang sama.
Cari dan binalah kekuatan diri di penghujung malam sesudah kamu mampu memperbaiki Subuhmu.
Dan berjuanglah untuk ikhlas. Kerana sesungguhnya orang yang belum pernah berjuang untuk ikhlas, maka dia belum pernah ikhlas.
Ingatlah untuk sentiasa memberi sumbangan dan pengorbanan, kerana orang yang memberi sumbangan belum tentu mampu berkorban, tetapi orang yang membuat pengorbanan sudah pasti telah memberi sumbangan.
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” Ali-Imran:92.
“…” banyak sungguh kata-kata nasihat yang penulis terima. Apabila satu proses mudah yang di ajar Islam cuba penulis praktikkan yakni proses muhasabah diri, sungguh tepat sekali apa yang abi nasihatkan.
Diri ini masih banyak lagi yang perlu dikenali dan diperbaiki satu persatu. Boleh di tanya, di mana taqarrubnya dan di mana munajatnya. Terasa juga diri ini semakin ‘lemah’. Baru sahaja diuji dengan kerisauan dan keresahan, hati sudah tidak keruan dan tenteram. Terganggu segala ibadah. Sehingga penulis diingatkan kembali tentang kalam-kalam Allah yang berbunyi:
“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” Al-Hijr:98-99.
……………………………………………
Bukannya mudah menyusur denai,
onak duri bertaburan melata di jalanan,
pasti terhiris juga kaki nan melangkah,
dalam menyusur langkah perjuangan.

Saturday, February 25, 2012

CiNtA ALLAH & CiNtA Manusia


"... Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati ..."


"Akan tiba saatnya di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG,
bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya,
tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya,
dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..."

___________________________________________________
Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

___________________________________________________
"CINTA itu adalah TANGGUNGJAWAB,
ianya perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin,
CINTA itu adalah FITRAH,
setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai,
tapi CINTA itu hendaklah dibina atas dasar KEIMANAN..."

___________________________________________________
"Mencintai tidak semestinya memiliki,
Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..."

___________________________________________________

“Ubat rindu ialah Sunat Hajat,
Ubat cinta ialah sunat Tahajjud,
Ubat dosa ialah Sunat Taubat,
Ubat penyakit ialah Selawat”.

Untuk mendapatkan yang terbaik, jadikan diri kita yang terbaik terlebih dahulu..

Bersama kita suburkan cinta dibumi Allah,INSYAALLAH.............MAASSALAMAH...:)

Sunday, January 22, 2012

2012 EnTrY

Ya Allah,lamenya x update blog..xtau nape ase nk update lar plak...huhu...anyway hepi 2012 year...moga taun neh lebih bermakna dri taun sebelumya...alhmdulilah masih dizinkan ALLAH untuk bernafas sampai skunk...walau pelbagai dugaan yg melanda sepanjang 2011 namun pengalaman pahit n manis mematangkan aku dalam mengharungi ranjau kehidupan mutakhir ini...klu nk diikutkan sem 2 di IP Teknik adalah sem yang paling bermasalah sepanjang belajar di sini..mcm2 konflik melanda diriku..cewah!!haha...tp xpe, life must be go on...

Monday, November 22, 2010


STORY SEMUT
Emm,1 ari kn tgh aku otw nk panjat pokok rmbutan blkg umh aku ni, aku x perasan ade due ekor semut, A and B merayap kt tgn aku...
ntah bile aku tertepis A pun aku x prasan
sian....A tercedera....aku angkat die letak tepi.
aku tgk B yg dari td memerhati je datang rapat.
slow2 je die dtg rapat...
Die seolah2 meratapi si A
aku terasa amatlah bersalah.
aku nampak diorg kissing..erm, normalkah bagi semut untuk kissing???kite sllu tgk kan cara semut bersapa x ubah cam org putih by kissing....
tp kali ni bukan bersapa, tapi berhadapan dengan kecederaan.
sahabatkah mereka?atau sepasang kekasih??
aku jadi sangat terharu...si B berusaha mengangkat si A. walaupun berulangkali mahu terjatuh tp die x putus asa...biar lah si A lemah mcm mana pun, B tetap berusaha. mata aku mula bertakung..ini kan semut sekecil2 makhluk x mudah putus asa untuk kaumnye, untuk insan yg die sayang, kenapa kite manusia x sekuat itu. kenapa kite mudah putus asa...??
bila si B berjaya mengangkat si A, die berjalan selaju yg mungkin menuju ke suatu arah mungkin ke sarang untuk minta bantuan.walaupun sesekali aku lihat die seperti goyah, tidak stabil, tapi die tidak putus asa.malah lebih laju melangkah.sekelip mata aku sudah tidak nmpak mereka lagi....
Aku jadi sangat tersentuh dengan kasih sayang di antara mereka...mereka mungkin x melafazkan kata sayang, tp mereka buktikan dengan perbuatan...kite manusia pandai berkata2, tp bijakkah menzahirkannye??cinta itu perlukan pengorbanan.cinta itu sentiasa memberi xpernah meminta. sama mcm dua ekor semut tu...berkorban untuk yg tersayang x kire sahabat, teman mahupun ‘kekasih tersayang’...
"Insan cemerlang dtg dri aklnya yg cerdas,hatinya yg bersih n jiwanya yg tenang”
So,renung2kanlah n selamat beramaaal...........

Wednesday, November 17, 2010

Ya Allah,syukran pada Mu kerana telah membuka pintu ati ini tuk menerima dan menyayangi seorang wanita bercirikan muslimah  dalam hidupku..Sesungguhnya ak benar2 brsyukur padamu coz Engkau telah pertemukan kami d landasan yg betul.Kau pnjgknlh jodoh kami n satukanlah kami dengan 1 ikatan yang suci suatu ari 9ti insyallah...tetapknlh iman kami serta hati kami tuk selalu saling mencintai hingga ke akhir hayat n jgnlh sesekali Kau mengbh hati kami ini duhai Ilahi...Engkau lindungilah kami dri perkara mungkar dan segala perkara yang dibencimu dan kuatkanlah kami dengan  KESABARAN n KETABAHAN dlm mengharungi segala onak duri dan liku2 dlm perhubungan kami ini.Amin...............

Saturday, October 9, 2010



    "TO LIKE SOMEONE IS AN EASY ONE BUT TO FORGET someone IS THE MOST DIFFICULT THING IN LIFE"...